♫♪lIfe iS sO SimPle ♫♪♫

live your life to the max, make it nice and simple...

Friday, June 4, 2010

jAbUlaNi


Cuma berbekal berapa hari saja lagi hon besar sumbangan syarikat automobile terkenal Hyundai bakal berbunyi di kotaraya capetown menandakan bermulanya pesta piala dunia. Namun, belom belum ape-ape lagi sudah kecoh. Ramai pasukan menolak penggunaan bola rasmi kejohanan piala dunia kali ini. Jabulani merupakan bola keluaran syarikat alatan sukan terkenal dunia Adidas bakal menjadi bola rasmi untuk kejohanan fifa world cup kali ini. Menurut pihak Adidas serta pihak urusetia kejohanan pemilihan bola ini dilakukan kerana bola ini laen daripada yang laen serta ia mempunyai kelebihan ia sendiri. Namun begitu, satu persoalan telah muncul. Mengapakah ramai pasukan menolak penggunaan bola ini untuk perlawanan nanti? Apakah keistimewaan bola ini? Kekalahan Arab Saudi pada peringkat saingan telah membuatkan ketua pasukan mereka menyalahkan Jabalani. Dikatakan bola ini sukar untuk dikawal. Tidak berhenti disitu sahaja, pasukan itali serta Portugal pula telah bangun dan menolak penggunaan jabalani. Dan pada hari Brazil yang telah lima kali memenangi piala dunia bangkit dan menyuarakan penolakan penggunaan bola ini. Jaginya kini, apakah kesudahannya? Adakah jabulani masih mampu untuk digunakan pada piala dunia akan datang?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails