♫♪lIfe iS sO SimPle ♫♪♫

live your life to the max, make it nice and simple...

Friday, June 4, 2010

sAlAh mAk diAlah





Aku memang pantang bila aku dengar ada kes dera. X kesahlah pada kanak-kanak mahupun wanita x pun pada sesiapalah. Mungkin sifat naluri aku yang benci akan penindasan.

Baru-baru ini surat khabar kosmo menyiarkan mengenai kes seorang kanak-kanak mati didera. Seorang kanak-kanak lelaki mati didera oleh ibunya sendiri dan teman lelaki ibunya.

Apa nak jadilah dunia sekarang, dulu tiada anak, nak anak, sekrang dah ada, kau maen sepak terajang pulak.

Dalam kes ni, Ibu kanak-kanak lelaki ini sedar anaknya berada didalam keadaan yang amat kritikal dan sejurus selepas itu dia menghantar nanknya itu ke hospital untuk membuat rawatan. Kanak-kanak lelaki tersebut telah meninggal di hospital selayang selepas berada didalm keadaan yang sangat krikital.

Sebelum tu aku nak tanya kalo ko dh x sayang sgt anak kau sampai dah sanggup bagi pakwe ko pukul sepak terajang die...kenapa kau hantar die ke hospital bila ko tau dia dah kritikal...biar je la die terusmati kat rumah kau....ko takut kene tangkap polis bila die mati?...tahu pulak ko takut anak ko mati...dulu bila ko dera die ko x takot pulak...so sekarang anak ko dah mati puas hati kau...

Ni la die satu kesah yang boleh dijadikan satu contoh tauladan...fikirlah sebelum kita nakbuat sesuatu...hargailah anak itu kerna ia merupakan anugerah tuan yang tidak ternilai...

aNakKu






Anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Didalam sesebuah rumah-tangga anak-anak merupakan bunga-bunga serta kumbang-kumbang yang hidup subur sebagai penyeri kepada si ayah serta si ibu. Mempunyai cahaya mata merupakan impian serta arapan kepada semua pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Ada yang telah merancang seawal sebelum perkahwinan untuk mempunyai sejumlah bilangan cahaya mata.

yang, lepas kita kawen nant u nak berapa anak?” tanya si teruna pada si dara.

i x kesah, lagi ramai lagi bagus” jawab si dara.

kalau bole hi nak anak pertama kita lelaki dan i nak namakan dia ahmad” kata si teruna lagi.

i ikut je u” balas si dara.

Ini merupakan contoh satu perancangan yang telah dilakukan oleh sepasang kekasih yang bakal melangsung perkahwinan mereka. X salah nak merancang kerna kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang dan Dia bakal menentukannya.

Namun, apa yang ingin dikongsikan disini adalah apabila berlakunya kes pembuanagn serta pembunuhan bayi-bayi yang baharu dilahirkan. Siapakah yang perlu diperslahkan? Adakah si ibu yang telah mengandungkan nya? Atau si ayah yang bersikap tidak bertanggungjawab meninggal si ibu terkontang-kanting keseorangan melahirkan si kecil? Atau mungkin oran ramai yang hanya mampu menyaksikan si kecil itu terdampar di tepi tong sampah, di celah-celah belukar, atau dihanyutkan ke sungai atau mungkin juga anak kecil itu di letakkan dikawasan masjid dengan harapan ada pihak berwajib yang bakal datang menyelamatkan bayi tersebut.

Sewaktu bercinta semuanya manis. Janji ditabur sesuka hati. Sanggup sehidup semati bersama. Boleh kata semua perkara manis dijanjikan bakal berlaku selepas mereka berkahwin. Namun bila sudah terlanjur jauh, adakah janji-janji ini masih kekal? Perempuan ditinggalkan tanpa belas kasihan melahirkan bayi keseoarangan.

Apakah gelaran yang boleh diberikan kepada mereka yang sanggup memperlakukan sebegini terhadap bayi-bayi kecil mereka? Sedangkan haiwan sendiri mampu menyayangi anak mereka, inikan pula manusia yang mampu berfikir akan baik buruk seseatu perbuatan itu.

Cukuplah dengan sejumlah anak-anak kecil yang telah dijumpai setakat ini. Dengan harapan selepas ini kita semua mampu sedar dan perihatin akan permasaalahan ini dan mampu membendung gejala pembuangan anak ini. Jika seseorang ibu atau bapa enggan memelihara anak tersebut, janganlah diperlakukan sedemikian rupa terhadap bayi tersebut. Diharapkan juga ramai pihak mampu tampil untuk sukarela menangani permasaalahan ini.

jAbUlaNi


Cuma berbekal berapa hari saja lagi hon besar sumbangan syarikat automobile terkenal Hyundai bakal berbunyi di kotaraya capetown menandakan bermulanya pesta piala dunia. Namun, belom belum ape-ape lagi sudah kecoh. Ramai pasukan menolak penggunaan bola rasmi kejohanan piala dunia kali ini. Jabulani merupakan bola keluaran syarikat alatan sukan terkenal dunia Adidas bakal menjadi bola rasmi untuk kejohanan fifa world cup kali ini. Menurut pihak Adidas serta pihak urusetia kejohanan pemilihan bola ini dilakukan kerana bola ini laen daripada yang laen serta ia mempunyai kelebihan ia sendiri. Namun begitu, satu persoalan telah muncul. Mengapakah ramai pasukan menolak penggunaan bola ini untuk perlawanan nanti? Apakah keistimewaan bola ini? Kekalahan Arab Saudi pada peringkat saingan telah membuatkan ketua pasukan mereka menyalahkan Jabalani. Dikatakan bola ini sukar untuk dikawal. Tidak berhenti disitu sahaja, pasukan itali serta Portugal pula telah bangun dan menolak penggunaan jabalani. Dan pada hari Brazil yang telah lima kali memenangi piala dunia bangkit dan menyuarakan penolakan penggunaan bola ini. Jaginya kini, apakah kesudahannya? Adakah jabulani masih mampu untuk digunakan pada piala dunia akan datang?

bOla...BoLa...bOlA...



nak tau tak...sempena world cup ni...nike ade buat Kejohanan Piala Nike Kuala Lumpur 2010.
hadiah lumayan giler...kalo menang dapat pegi brazil...sape tak nak...kalo nak tau lebih lanjut cube check kat link ni...www.facebook.com/nikefootballmy...ni pun terjumpa kat fb...

kalo berminat bole je download form kat...jap ekh..aku check...http://www.mediafire.com/?ndln4zzoghz

jom ajak member ramai-ramai join...mane tau dapat g brazil same-same...haha...

p/s: walopun bende ni name die piala nike kuala lumpur...tp ...terbuka untuk semua tau...so jgn segan-segan...join je...kata satu malaysia...

Its world cup time...


hey guys its world cup time, so mcm biasa bila piala dunia je satu dunia akan ada pesta...pesta bola...mcm kat dalam iklan coca-cola, makan bola, tidur bola, main bola n mcm2 lagi la...so pasni ramai la x tidur malam...kedai-kadai mamak yakin penuh...orang dah x ckp lg pasal sale ke ape orang mest akan ckp pasal fifa world cup ni...

pada tahun ini, AfRikA SeLaTan telah dipilih sebagai tuan rumah...tengok jela iklan kat tv...ade yang berkepak...ada yang berbulu...ade yang bersisik...semua dah bertukar coz venue fifa kali ni kat afrika...

cantik kan stadium ni?

kalo
world cup 2006 menyaksikan itali menguguli perlawanan dunia ini...siapa pula yang bakal menggantikan tempat mereka kali ini? england, brazil, portugal, jerman? atau mungkin itali masih mahu memegang title juara mereka. Percaturan pertandingan kali ini sangat hebat. Semua pasukan mengharapkan title juara piala dunia menjadi milik mereka tapi siapa sangka pasukan bukan pilihan mampu menjadi juara kali ini. Yang kecil jangan disangka anak, so yang besar tu pulak janganla disangka bapak. Semua itu kite kene tunggu lah...
Cuma tinggal beberapa hari lagi perlawanan piala dunia ini bakal berlangsung, rata-rata semua pasukan yang bakal bermain untuk perlawanan kali ini sudah bersedia. Jurulatih Perancis, Raymond Domenech yakin pasukan bimbingannya itu akan menyinar pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selata. Namun persoalannya, mampukah Perancis sampai ke peringkat akhir? kita nantikan sahaja...
Related Posts with Thumbnails