♫♪lIfe iS sO SimPle ♫♪♫

live your life to the max, make it nice and simple...

Friday, June 4, 2010

aNakKu






Anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Didalam sesebuah rumah-tangga anak-anak merupakan bunga-bunga serta kumbang-kumbang yang hidup subur sebagai penyeri kepada si ayah serta si ibu. Mempunyai cahaya mata merupakan impian serta arapan kepada semua pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Ada yang telah merancang seawal sebelum perkahwinan untuk mempunyai sejumlah bilangan cahaya mata.

yang, lepas kita kawen nant u nak berapa anak?” tanya si teruna pada si dara.

i x kesah, lagi ramai lagi bagus” jawab si dara.

kalau bole hi nak anak pertama kita lelaki dan i nak namakan dia ahmad” kata si teruna lagi.

i ikut je u” balas si dara.

Ini merupakan contoh satu perancangan yang telah dilakukan oleh sepasang kekasih yang bakal melangsung perkahwinan mereka. X salah nak merancang kerna kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang dan Dia bakal menentukannya.

Namun, apa yang ingin dikongsikan disini adalah apabila berlakunya kes pembuanagn serta pembunuhan bayi-bayi yang baharu dilahirkan. Siapakah yang perlu diperslahkan? Adakah si ibu yang telah mengandungkan nya? Atau si ayah yang bersikap tidak bertanggungjawab meninggal si ibu terkontang-kanting keseorangan melahirkan si kecil? Atau mungkin oran ramai yang hanya mampu menyaksikan si kecil itu terdampar di tepi tong sampah, di celah-celah belukar, atau dihanyutkan ke sungai atau mungkin juga anak kecil itu di letakkan dikawasan masjid dengan harapan ada pihak berwajib yang bakal datang menyelamatkan bayi tersebut.

Sewaktu bercinta semuanya manis. Janji ditabur sesuka hati. Sanggup sehidup semati bersama. Boleh kata semua perkara manis dijanjikan bakal berlaku selepas mereka berkahwin. Namun bila sudah terlanjur jauh, adakah janji-janji ini masih kekal? Perempuan ditinggalkan tanpa belas kasihan melahirkan bayi keseoarangan.

Apakah gelaran yang boleh diberikan kepada mereka yang sanggup memperlakukan sebegini terhadap bayi-bayi kecil mereka? Sedangkan haiwan sendiri mampu menyayangi anak mereka, inikan pula manusia yang mampu berfikir akan baik buruk seseatu perbuatan itu.

Cukuplah dengan sejumlah anak-anak kecil yang telah dijumpai setakat ini. Dengan harapan selepas ini kita semua mampu sedar dan perihatin akan permasaalahan ini dan mampu membendung gejala pembuangan anak ini. Jika seseorang ibu atau bapa enggan memelihara anak tersebut, janganlah diperlakukan sedemikian rupa terhadap bayi tersebut. Diharapkan juga ramai pihak mampu tampil untuk sukarela menangani permasaalahan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails